am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Lima sekeluarga terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas dan terbakar di Kilometer 7.6 Jalan Jelawang Jeli- Kampung Sungai Batu Dabong, dekat Kuala Krai, hari ini.
Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa berusia antara lapan hingga 53 tahun
dalam perjalanan dari arah Jeli menuju Dabong.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II, Che Mohamad Azwan Che Rahim berkata, MPV jenis Toyota Estima dipandu lelaki berusia 53 tahun dan dinaiki isteri dan tiga anak mereka, terbabas melanggar tebing di bahu jalan sebelum terbakar.
“Mereka sempat keluar dari kenderaan dan salah seorang daripadanya menghubungi bomba pada 6.27 petang.
“Pasukan seramai tujuh orang ke lokasi dan operasi pemadaman dilakukan. Api berjaya dikawal pada 6.50 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, MPV itu terbakar sepenuhnya dan mangsa ke Klinik Kesihatan Dabong untuk pemeriksaan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd