Cecah RM4 juta? Peminat dedah harga jam tangan Fazura – “Kaya, tak riak”

Cecah RM4 juta? Peminat dedah harga jam tangan Fazura – “Kaya, tak riak”

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Fazura mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran buat suaminya Fattah Amin bersama kenalan rapat mereka.

Foto dan video pasangan selebriti itu menjadi perhatian warganet terutama dalam kalangan peminat yang turut tumpang gembira dengan memberikan ucapan hari lahir.

Bagaimanapun, terdapat sekeping gambar menampakkan seutas jam tangan digayakan pelakon berusia 39 tahun itu sehingga peminat mula ‘menyiasat’ harga aksesori tersebut.

@fazuralotsoflover

😭😭😭

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Menerusi akaun TikTok @fazuralotsoflover, peminat mendakwa pelakon filem J Revolusi itu memakai jam mewah berjenama Patek Philippe yang bernilai hampir RM4 juta.

Meskipun Fazura didakwa memakai barangan mewah, namun dia tidak menerima sebarang kata-kata negatif daripada netizen sebaliknya dipenuhi pujian di ruangan komen.

Rata-rata netizen menyifatkan pengasas jenama Fazbulous itu merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk selain layak memiliki barangan mewah atas hasil titik peluhnya selama ini.

Sementara itu, ada beberapa individu menolak andaian bahawa Fazura menggayakan jam mewah tersebut sebaliknya terdapat jenama lain yang berharga ratusan ribu.

Namun begitu, kesahihan harga jam tangan itu masih belum dapat dipastikan. Jenama mewah atau tidak, orang ramai tetap pandang sikap ‘friendly’ Fazura yang disenangi ramai!

Sumber: Instagram Fazura , TikTok @fazuralotsoflover