Barcelona: Pemain tengah Barcelona, Marc Casado, mengalami kecederaan ligamen lutut sebahagian semasa kemenangan pasukannya ke atas Atletico Madrid minggu lalu dan dijangka akan berehat selama dua bulan, kata pasukan pendahulu La Liga itu.
Pemain berusia 21 tahun ini membuat 37 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan Hansi Flick musim ini. Casado juga terpaksa menarik diri daripada skuad Liga Negara-Negara Sepanyol.
Kecederaan itu memaksa Casado keluar pada minit ke-67 dalam kemenangan dramatik 4-2 Barcelona ke atas Atletico Madrid.
“Disahkan bahawa dia mengalami koyakan sebahagian pada ligamen lateral lutut kanan.
“Dia akan menjalani rawatan konservatif yang bermakna dia kemungkinan akan terpaksa berehat selama dua bulan,” kata Barcelona dalam satu kenyataan
Barcelona kini berada di puncak La Liga dengan kelebihan gol berbanding Real Madrid, sementara Atletico Madrid ketinggalan empat mata dan Barcelona juga kurang satu perlawanan. Pasukan Catalan itu masih berpeluang untuk meraih treble musim ini.
Separuh akhir Copa del Rey Barcelona menentang Atletico Madrid kini terikat 4-4 menjelang perlawanan kedua. Mereka juga akan bertemu Borussia Dortmund pada suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd