Cara didikan anak yang dipraktikkan Saidina Umar

Cara didikan anak yang dipraktikkan Saidina Umar

– Advertisement –

TERDAPAT empat peringkat iaitu;

Pertama: Anak 7 tahun ke bawah

● Kita perlu anggap mereka seperti Raja. Sentiasa perlu dimanja, dibelai, disayangi walau mereka melakukan kesalahan. Anggaplah kesalahan itu kerana mereka tidak tahu apa-apa.

Kedua: Anak 8 hingga 14 tahun

● Masa ni kita perlu jadikan mereka seperti hamba. Berikan pengarahan untuk mereka melakukan kerja atau tugasan. Tujuannya adalah agar anak-anak nanti pandai berdikari. Kelak, boleh buat kerja tanpa disuruh.

Ketiga: Anak 15 hingga 21 tahun

● Jadikan mereka sebagai musuh. Jangan mudah percaya apa yang mereka cakap. Selidik terlebih dahulu. Lagi-lagi sekarang ini mereka amat terdedah dengan pelbagai teknologi dan pergaulan bebas.

– Advertisement –

Keempat: Anak 22 tahun ke atas

● Jadikan mereka sebagai sahabat. Selalulah berkongsi cerita dan pandangan. Terima juga pandangan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama agar anak-anak rapat dengan ibu bapa melebihi kawan-kawan. Juga agar anak-anak tidak takut menceritakan masalah yang mereka hadapi.

Semoga dapat kita kongsikan kepada pasangan dan rakan seperjuangan.

MOHD SYAMRI ABD RAZAK
PASTI Malaysia – HARAKAHDAILY 30/1/2024

– Advertisement –