Caprice bengang, kesal ibu bapa sokong konten Abang Bas – “Perbuatan tak normal!”

Caprice bengang, kesal ibu bapa sokong konten Abang Bas – “Perbuatan tak normal!”

Penyanyi rap, Caprice bengang terhadap segelintir ibu bapa yang masih menyokong hasil kandungan ‘Abang Bas’ yang didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di IG-storynya, dia menegaskan kandungan yang dihasilkan oleh pemuda terbabit mempunyai unsur pengantunan seksual atau sexual grooming yang tidak sepatutnya dipandang remeh oleh orang ramai terutamanya golongan ibu bapa.

Caprice bengang

Caprice bengang

“Yang bebal ni korang faham tak maksud grooming? ‘Crush’ atau ‘aku tunggu dia besar’..
“Itu semua ayat-ayat orang yang nak groom kanak-kanak. Serius geram tenfok akaun-akaun ibu bapa yang masih sokong content-content Abang Bas.
“Ini tak perbuatan tak normal untuk orang dewasa!” katanya.

Artikel lain: “Emak rindu abang bas..”- Kakak kongsi perasaan ibu, adik paling sayang anak2 buah

Caprice bengang

pemandu bas buat live TikTok

Selain Caprice, pelakon Diana Danielle turut meluahkan rasa lega apabila Abang Bas ditahan pihak berkuasa kerana berpendapat menjadikan kanak-kanak sebagai konten di media sosial adalah keterlaluan.

Terdahulu, tertuduh yang berusia 24 itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor.

Difahamkan juga, Sayani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan tarikh 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sumber: Instagram @Caprice

Scroll to Top