Capai kata sepakat, Puteri Sarah & Syamsul Yusof bercerai 18 April

Capai kata sepakat, Puteri Sarah & Syamsul Yusof bercerai 18 April

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.

Menurut laporan Sinar Harian, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Syamsul dan aktres tersebut telah mencapai persetujuan bagi membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.

Walau bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit antaranya hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Scroll to Top