Cabaran terbesar Tang Jie-Ee Wei adalah diri sendiri – Nova

Cabaran terbesar Tang Jie-Ee Wei adalah diri sendiri – Nova

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peluang sudah terbuka, tapi mampukah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memanfaatkannya untuk mencipta sejarah di Seluruh England, bulan depan?

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto percaya tanpa kehadiran dua bekas juara dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun) dan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China) menyaksikan laluan ke podium kejuaraan lebih terbuka.

Namun, Nova menegaskan cabaran terbesar bukan lawan, tetapi diri sendiri.

“Saya selalu ingatkan mereka, tekanan dan jangkaan tinggi boleh musnahkan peluang.

“Tahun lepas mereka sudah mendahului tetapi kecundang juga. Ini yang mereka perlu perbaiki,” katanya.

Tahun lalu, Tang Jie-Ee Wei tersingkir awal selepas tewas kepada pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Memandangkan Seluruh England dijadual berlangsung mulai 11 hingga 16 Mac ini, beregu negara itu akan menjadikan Masters Orleans di Perancis sebagai pemanas badan terlebih dahulu.

Pada 2023, mereka muncul juara di kejohanan di Perancis itu selepas mengalahkan gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-19, 21-17.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top