Cabaran Pang Ron-Su Yin terhenti di Denmark

Cabaran Pang Ron-Su Yin terhenti di Denmark

BEREGU campuran sensasi negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menampilkan semangat juang tinggi sebelum pengalaman memisahkan dengan wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam pusingan kedua Terbuka Denmark pada Khamis.

Tampil dengan keyakinan tinggi Pang Ron-Su Yin lebih unggul namun dinafikan keunggulan beregu nombor tiga dunia Zhen Bang-Ya Xin untuk kekalahan 8-21 set pertama.

Set kedua, gandingan nombor 27 dunia itu berusaha bangkit dengan gaya permainan meyakinkan apabila berjaya mengurangkan kesilapan mudah untuk menang 23-21.

Set penentuan, intensiti tinggi kedua-dua beregu dijelmakan apabila saling berkejar mata sebelum sekali lagi beberapa kesilapan mudah menoktahkan cabaran Pang Ron-Cheng Su Yin, 14-21 dalam masa 48 minit di Arena Fyn, Odense.

Sebagai rekod, Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Jepun Yuta Watanabe-Maya Taguchi 21-14, 21-17,

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top