Cabaran Malaysia di Terbuka Jepun berakhir

Cabaran Malaysia di Terbuka Jepun berakhir
CABARAN Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 berakhir pada peringkat suku akhir selepas baki tiga wakil beregu negara tewas dalam perlawanan menentang lawan masing-masing di Arena Maruzen Intec, Osaka, pada Jumaat.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi pasangan beregu utama negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Pasangan China nombor empat dunia itu menang 21-16, 21-15 menentang pemain nombor 12 dunia, Kian Meng-Pei Jing pada peringkat suku terakhir.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei turut berdepan nasib serupa di tangan juara dunia tiga kali dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pemain nombor dua dunia dari China itu memenangi perlawanan dengan mudah 21-13, 21-10 selepas bertarung selama 26 minit.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan profesional Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 21-17, 17-21, 13-21 kepada Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan. – Bernama

Scroll to Top