Cabaran baharu Harimau Malaya

Cabaran baharu Harimau Malaya

Pemain Harimau Malaya perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Oktober lalu. – Foto: Bernama, gambar kecil: Pekan

HASRAT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menakluki Asia Tenggara dalam Fasa Kedua Tindakan Strategik Peta Hala Tuju F:30 2023-2026 disifatkan bukan hanya angan-angan kosong.

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli menegaskan perkara itu tidak mustahil direalisasikan, namun memerlukan perancangan teliti dalam mengharungi pelbagai cabaran.

Menurutnya, badan induk itu perlu merangka strategi dengan agenda utama mengatasi ranking pasukan terbaik Asia Tenggara iaitu Vietnam yang kini berada di kedudukan ke-94 dunia.

ā€œKita kena mengatasi ranking negara paling top di Asia Tenggara iaitu Vietnam. Bagi pendapat saya, agak jauh untuk mengejar Vietnam yang kini di ranking ke-94 dunia dan kita di ranking ke-137 dunia kerana kita perlu mendaki banyak anak tangga ranking dalam tempoh tiga tahun ini.

Scroll to Top