Buriram United baca jampi sebelum mula perlawanan? TMJ usik -“Harap jadi saya punya pawang Diraja..”

Buriram United baca jampi sebelum mula perlawanan? TMJ usik -“Harap jadi saya punya pawang Diraja..”

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memberi pandangan mengenai dakwaan Buriram United baca jampi sebelum perlawanan timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) semalam.

Usik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau berharap pemilik Buriram United, Newin Chidchob itu boleh menjadi pawang Diraja selepas tular video dilihat seolah melakukan ‘ritual’ atau ‘membaca jampi’.

Artikel lain: TikToker ditahan polis, fitnah Agong, TMJ & PM makan di restoran tiada sijil halal

Buriram United baca jampi sebelum mula perlawanan?

Pada sesi soal jawab bersama penyokong JDT di Pusat Latihan JDT, di Padang Seri Gelam, malam tadi, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan itu, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Saya pun tak tahu undang-undang AFC. Setahu saya setiap negara ada undang-undang masing-masing, apa yang boleh dan apa yang tak boleh tapi diperingkat AFC saya tak tahu.
“Tapi kalau saya tak bolehlah, tapi apa yang dia nak buat apa ikut suka hati dia lah.
“Kalau apa yang dia buat itu (jampi) betul hebat dia dah jadi juara Asia lima kali dah. Yang penting yang menentukan macam mana pun segala perancangan Allah SWT.
“Saya tak tumpukan pada perkara itu, tapi bagi saya itu tak patutlah,” katanya.

“Saya ucapkan selamat maju jaya atas kejayaan mereka ke pusingan seterusnya. Saya menghormati kesungguhannya bersama kelabnya,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial menunjukkan Newin Chidchob mengelilingi padang di Stadium Sultan Ibrahim sambil membacakan sesuatu.

Tindakannya, termasuk di sekitar gawang gol, menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat, dengan ada yang mendakwa ia membantu pasukannya mencipta kejutan di hadapan penyokong JDT.

Sumber: FB JOHOR Southern Tigers 

Scroll to Top