Bunga Raya 7s tewas di Hangzhou 2022

Bunga Raya 7s tewas di Hangzhou 2022

Aksi para pemain skuad Bunga Raya 7s ketika berdepan Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022.

PUJIAN wajar diberikan kepada skuad ragbi tujuh sebelah lelaki (7s) negara biarpun terkandas di suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas 5-26 kepada pemenang pingat gangsa edisi lalu, Korea Selatan pada Isnin

Sebelum ini, dalam edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, skuad Bunga Raya 7s itu tewas 5-40 kepada lawan sama di pentas sama.

Jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, anak buahnya telah memberikan yang terbaik untuk menyaingi kehebatan Korea Selatan biarpun terdapat jurang perbezaan berdasarkan di atas kertas.

“Tengok keputusan ini berbeza dengan ketika lawan mereka (Korea Selatan) sebelum ini, paling penting mentaliti pemain, kali ini mereka bagi yang terbaik.

“Apa yang perlu diperbaiki selepas ini mungkin dari segi persiapan, kalau dapat lebih awal bukan nak kata objektif akan tercapai, tapi sekurang-kurangnya boleh rapatkan lagi jurang,” katanya selepas perlawanan di padang Universiti Hangzhou Normal tersebut.

Pemain skuad Bunga Raya 7s sekali lagi tewas kepada lawan yang sama, Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022.

Pemain skuad Bunga Raya 7s sekali lagi tewas kepada lawan yang sama, Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022.

Korea Selatan pasukan di ranking dunia ke-30 manakala Malaysia di posisi ke-52 akan membuat perhitungan menentang Singapura dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di venue sama, pada Selasa. – Bernama