Bukan tak sedia berhijab, Ameera Khan tunggu masa sesuai

Bukan tak sedia berhijab, Ameera Khan tunggu masa sesuai

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan tunggu masa sesuai untuk memakai hijab disamping menafikan dirinya tidak bersedia untuk berhijab.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, affendyjailani telah memuat naik satu tangkap layar video memaparkan Ameera sedang menjawab soalan daripada pengikutnya.

Ameera Khan tunggu masa sesuai untuk pakai tudung

Pempengaruh berusia 24 tahun itu menjelaskan dia pernah memakai hijab beberapa kali sebelum ini namun perubahan itu hanya sementara.

“Soalan ni, saya tanya diri saya banyak kali juga, bila nak pakai tudung? Dalam hidup, saya pakai dua atau tiga kali sahaja kemudian selalu buka balik.
“Jadi macam, kalau nak pakai tudung saya nak pakai bila-bila,” katanya.

Berniat pakai tudung, Ameera Khan tunggu masa sesuai

Ameera Khan tunggu masa sesuai

Bagaimanapun, Ameera berharap dengan doa daripada orang ramai termasuk keluarga dan dirinya, suatu hari nanti dia akan menggenakan hijab selamanya.

“InsyaAllah, dengan doa semua orang dan doa mama, daddy serta doa saya sendiri, satu hari nanti saya akan pakai tudung,” luahnya.

Dalam pada itu, Ameera menegaskan dia bukannya tidak bersedia untuk memakai tudung, namun sedang menunggu masa yang sesuai.

Artikel lain: Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia – “Malaysia boleh jadi toksik”

Ameera Khan tunggu masa sesuai mengenakan hijab

” Tiada kena mengena dengan kenyaatan saya belum bersedia, dan saya tahu saya tak boleh cakap macam tu. Apa saya boleh cakap, InsyaAllah.
“Bila masanya tepat, saya berdoa Allah SWT permudahkan untuk saya dan untuk semua orang yang sedang menonton yang mahu memakai tudung dan sedang mengalami apa yang saya alami,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pempengaruh itu kerana tenang menjawab soalan berkenaan tudung.

Bagus jawapan dia

Beauty with brain

Jawapan orang matang, tak merapu

Cara bercakap jelas dan yakin

Pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar penghijrahan Ameera dipermudahkan dan pempengaruh itu kekal istiqamah.

Doakan moga dia berhijab nanti

Hidayah milik Allah

Moga tetap istiqamah

Kita doakan yang terbaik

Semoga urusan dipermudahkan

Terdahulu, Ameera menjadi buah mulut netizen setelah menimbulkan kekeliruan ramai dengan imejnya yang bersilih ganti membuka tudung.

Sumber: TikTok affendyjailani

Scroll to Top