Tak terlibat dalam industri seni merupakan ciri lelaki idaman Bella Astillah namun, pelakon dan penyanyi itu tidak mendedahkan mengapa dia memilih untuk meletakkan syarat itu buat bakal jodohnya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, adik Bella iaitu Didi Astillah telah memuat naik semula satu video memaparkan dia sedang bertanya bertanya tentang ciri-ciri lelaki idaman kakaknya.
Didi Astillah bongkar ciri lelaki idaman Bella Astillah
Pelakon berusia 31 tahun itu menjelaskan, dia mahukan seorang lelai yang tidak merokok, tidak mengunjungi kelab malam atau mengambil minuman keras atau bahan terlarang.
Dalam pada itu, Bella menegaskan ciri utama lelaki yang dia idamkan jika kembali bertemu jodoh suatu hari nanti adalah tidak terlibat dalam industri seni.
“Ciri lelaki idaman, baik, tak hisap rokok, vape atau shisha. Sudah tentu, tak pergi kelab malam dan tak minum alkohol, tak terlibat dalam barang terlarang.
“Yang paling penting, dia bukan dalam industri seni,” katanya.
Ciri lelaki idaman Bella Astillah, tak boleh merokok atau vape
Selepas memberi jawapannya itu, Didi sempat mengusik sama ada kakaknya itu mahu menerima seorang lelaki yang menceburi bidang politik dan soalan itu membuatkan Bella terkejut dan tersenyum lebar sebelum berlalu pergi.
Artikel lain: Syed Saddiq puji melangit, anggap Bella Astillah manusia luar biasa -“Kecil tapi berbisa”
Reaksinya itu disambut dengan gelak tawa dari Didi dan rakan-rakan Bella yang turut ada bersama-sama dengan mereka di sebuah lapangan terbang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang berseloroh bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memiliki kesemua ciri-ciri yang disebut Bella.
Paling penting Syed Saddiq, eh…
Ciri lelaki idaman Bella Astillah ada pada Syed Saddiq
Kalau adik dah mengusik, bagi hint la tu
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang mendoakan agar Bella berjodoh dengan Syed Saddiq dan berpendapat mereka sama padannya.
Semoga jodoh Bella dengan Syed Saddiq
Bella ni sesuai jadi isteri Syed Saddiq
Bagi Bella kahwin dengan Syed Saddiq, tak sabar nak tengok
Alahai, comelnya la Bella lari bila kena tanya pasal industri politik….
Sumber: TikTok didi_angel_astillah