“Bukan Dirampas, Abang Yang Bagi” – Ridzokumura Jelaskan Isu Ubat Arwah Isteri | Oh! Media

“Bukan Dirampas, Abang Yang Bagi” – Ridzokumura Jelaskan Isu Ubat Arwah Isteri | Oh! Media

Usahawan terkenal, Ridzokumura tampil membetulkan kenyataan bahawa ubat-ubatan yang diambil polis bukannya dirampas sebaliknya diserahkan sendiri olehnya.

BACA: Misteri Kematian Isteri Ridz Okumura, Polis Ambil 6 Ubat Untuk Siasatan

Dalam sesi live itu, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib mengakui terguris dengan penggunaan ayat ‘dirampas’ seolah-olah arwah isterinya melakukan kesalahan.

“Bukan dirampas, tapi abang yang bagi” – Ridzokumura

Beliau tidak dapat menahan emosi menyatakan beliau sendiri yang meminta polis mengambil ubat-ubatan tersebut.

Abang yang bagi ubat tu dekat polis, bukannya dirampas. Kenapa nak cakap dirampas? Kenapa buat macam ni ya? Memang Akiko ada ambil ubat dari Jepun, dia percayakan negara dia. Dia makan ubat dari Jepun. Bila kenyataan kata dirampas, ia sangat menghiris hati abang.

Jelasnya lagi, pihak polis hanya mengambil ubat bertulisan Jepun dan ubat gerd yang bertulisan Inggeris tidak diambil.

Bukan dirampas, abang yang bagi. Dorang tengok, “Boleh saya ambil?”. Abang kata, “Ambillah semua”.

Usahawan ini tidak mahu orang ramai membuat spekulasi tidak baik mengenai kematian arwah isterinya, Jumaat lalu.

Mahu betulkan tanggapan negatif orang ramai

ridzokumura

Ridzokumura hanya ingin membetulkan tanggapan negatif orang ramai mengakui isterinya ada sakit gerd.

Abang dah bagi kerjasama sepenuhnya dengan polis. Pergi balai polis turun naik, ya Allah abang penat tak larat. Nak jaga anak sorang-sorang, Kak Ina dah pergi Singapura. Keluar pula kenyataan macam tu. Menggigil badan abang, abang bukan minta simpati tapi tolong stop. Sudahlah, jangan keluar kenyataan lagi.

Beliau mengakui ada banyak ubat-ubatan lain di rumah, cuma ubatan bertulisan Jepun tidak difahaminya. Beliau kecewa dengan penggunaan ayat dirampas yang dibuat pihak polis dan media.

Bapa tunggal kepada seorang anak lelaki ini mengakui polis ada melakukan siasatan di rumah dan beliau beri kerjasama dengan baik.


Scroll to Top