Buka Aib Fattah Amin, Fazura Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah

Buka Aib Fattah Amin, Fazura Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah

Pelakon Nur Fazura boleh dikenakan tindakan penjara sekiranya disabit melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama bekas suaminya, Fattah Amin sebelum sah bercerai.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…

Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah berkata, ia hanya boleh dilaksanakan, jika Fazura benar-benar melanggar persetujuan perceraian.

BACA: “Saya Masih Simpan Satu Rahsia Besar Dia” – Fattah

Menurutnya, mahkamah telah merekodkan persetujuan sebagai suatu perintah, yang mana ia tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.

“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

“Mangsa dalam ke sini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah yang dibuat,” katanya.

Selepas sah bercerai, Fazura mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap suaminya kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.

Bagaimanapun, Fattah menafikan tuduhan curang dan tidak memberi nafkah, seperti yang didakwa oleh Fazura. Menurutnya, perjanjian sudah dibuat untuk menjaga aib masing-masing sebelum lafaz cerai dilakukan.

SUMBER: Sinar Harian

Scroll to Top