Buffet Ramadan Tema Legenda Rasa Di Wyndham Acmar Klang | Oh! Media

Buffet Ramadan Tema Legenda Rasa Di Wyndham Acmar Klang | Oh! Media

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Wyndham Acmar Klang dengan bangganya memperkenalkan Bufet Ramadan 2025 bertemakan “Legenda Rasa”. Tahun ini, bufet eksklusif ini mengangkat kekayaan warisan dan sejarah Melayu ke pentas gastronomi, diinspirasikan daripada kisah-kisah agung Nusantara termasuk epik pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan Hang Jebat, serta keagungan Kesultanan Melayu.

Tradisi dan budaya yang diwarisi turun-temurun akan dihidangkan bukan sahaja melalui hidangan autentik tetapi juga dalam suasana yang memaparkan keunikan sejarah serta cerita rakyat yang membentuk identiti negara.

Mengangkat Warisan Tempatan ke Peringkat Antarabangsa

wyndham klangwyndham klang

Sebagai sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Diraja Klang, Wyndham Acmar Klang beraspirasi untuk memperkenalkan keindahan dan keistimewaan warisan tempatan kepada dunia. Sejajar dengan kempen Visit Selangor Year 2025 dan Visit Malaysia Year 2026, bufet ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman santapan yang mengasyikkan, malah menjadi platform untuk mengangkat seni kulinari tradisional ke peringkat antarabangsa.

Hidangan Ikonik Legenda Rasa

wyndham klangwyndham klang
wyndham acmar klangwyndham acmar klang

Diterajui oleh Chef Asram dan pasukan kulinari berpengalaman, bufet Ramadan ini menampilkan pelbagai hidangan mewah dari seluruh Malaysia, bermula dari 2 – 30 Mac 2025, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Antara sajian istimewa yang bakal memikat selera termasuk:

Gulai Itik Buah Kedondong
Gulai Tongkol Rebah Bangun
Masak Lemak Tempoyak Ulam Racik
Gulai Kawah Tetel Nusantara
Kambing Golek Sumbat Nasi Kabsah
Sup Huru Hara dan pelbagai lagi!

Keunikan Bufet Ramadan di Wyndham Acmar Klang

Selain sajian lazat, bufet Ramadan ini turut menawarkan kemudahan lengkap untuk keselesaan para tetamu, termasuk:

Surau yang selesa untuk solat berjemaah
Imam khas yang mengetuai solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan
Kaunter zakat untuk memudahkan urusan ibadah anda

Pengunjung pasti akan merasai kemeriahan dan keberkatan suasana iftar di sini!

Harga Istimewa & Promosi Early Bird!

rojak wyndham acmar klangrojak wyndham acmar klang

Promosi Early Bird serendah RM118+ (dewasa) berbanding harga asal RM158+
Warga emas 55 tahun ke atas: RM88+ sahaja
Golongan istimewa & kurang upaya: Harga khas ditawarkan
Kanak-kanak (8 tahun ke atas): RM78+

Jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan menikmati Bufet Ramadan 2025 – Legenda Rasa di Wyndham Acmar Klang! Warisan, budaya, dan gastronomi dalam satu pengalaman iftar yang tidak akan dilupakan.

Tempah sekarang! Raikan keindahan Ramadan bersama keluarga, rakan, dan insan tersayang di Wyndham Acmar Klang.

Scroll to Top