Tular di media sosial mengenai hantaran seorang pegawai perubatan dakwa dihalang bertanya soalan ketika hadir ke majlis Dialog Awam bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di sebuah hospital terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, Dr Muhamad Na’im Ab Razak mendakwa dirinya ditarik lima orang penyelia ketika mahu bertanya soalan.
Pun begitu, beliau mengambil keputusan untuk tetap berdiri yang membawa kesudahan mikrofon disembunyi oleh pihak berkenaan.
“Saya tidak diizinkan untuk bertanya soalan walaupun dah berdiri belakang mikrofon .
“Tak apa. Saya bukan datang untuk buat kecoh dan rosakkan majlis orang. Kita bersikap profesional,”katanya.
Pegawai perubatan dakwa dihalang
Dalam pada itu, beliau terima dan hormati majlis berkenaan selepas mengetahui ia rupanya untuk jururawat, pembantu pegawai perubatan (PPP) dan pembantu pegawai kesihatan (PPK) sahaja.
“Di akhir majlis, saya serahkan poster dan surat kepada YMBK. Tapi surat itu hanya dilipat dan diserahkan kepada seseorang.
“Mungkin bodyguard. Mungkin ia menjadi satu surat yang tak dibaca. Tak apa. Sekarang kita balik tidur. Barai (kepenatan) post call dengan pesakit kritikal bersusun-susun sampai pagi,”luahnya pada hantaran di Facebook, hari ini.
Artikel lain: Kerjaya Doktor: Dihargai di luar negara, diperah KKM di tanah air sendiri
Pada hantaran yang lain, Dr Muhamad Na’im menegaskan beliau sokong segala perkara baik yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun, tidak akan sesekali berkompromosi sekiranya kebajikan penjawat KKM sendiri diabaikan.
“Kita juga kena sihatkan tubuh badan dan mental sendiri sebelum rawat orang sakit,”tegasnya.
Sumber: FB Muhamad Na’im Ab Razak