BSN lancar BSN Care 50 Hari Memberi: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia

BSN lancar BSN Care 50 Hari Memberi: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia

Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN Care 50 Hari Memberi: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Menerusi satu kenyataan, inisiatif itu bertujuan menggalakkan amalan perjalanan selamat sepanjang cuti hujung minggu yang panjang dengan mengedarkan 1,000 kit kecemasan kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang Arah Utara, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jay Khairil Jeremy berkata, Hari Malaysia adalah masa untuk masyarakat bersatu dan memperingati pembentukan Malaysia.

 “Kami ingin menekankan kepentingan keselamatan perjalanan agar rakyat Malaysia dapat menikmati hujung minggu yang bermakna dan selamat bersama keluarga,” katanya.

Kit kecemasan tersebut mengandungi peralatan keselamatan seperti ‘colapsible road cone’, ‘jumper cables’, ‘tow rope’, ‘work gloves’, ‘multifunctional Swiss knife’, ‘tyre gauge’, ‘fire extinguisher’ dan ‘storage bag’.

Sementara itu, inisiatif tersebut juga diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 BSN yang kini mempunyai lebih sembilan juta pelanggan.

Malah, BSN juga komited dalam misi mencapai 100,000 jam untuk melaksanakan CSR menjelang 2030 selain menyediakan perkhidmatan kewangan komprehensif kepada rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan BSN, layari laman web www.bsn.com.my

Scroll to Top