Brad Pitt pesan jangan layan

Brad Pitt pesan jangan layan

Washington: Brad Pitt mengeluarkan kenyataan selepas seorang wanita Perancis ditipu sehingga 800,000 euro (kira-kira RM3.7 juta) oleh lelaki yang menyamar sebagai pelakon terkenal itu.

Portal NDTV melaporkan, pelakon itu menggesa peminat untuk tidak melayan individu tidak dikenali dalam talian terutamanya daripada pelakon yang tidak mempunyai akaun media sosial.

Kisah itu bermula pada Februari 2023 ketika Anne, 53, dalam perjalanan ski ke Tignes dan menerima mesej di Instagram (IG) daripada akaun yang menyamar sebagai ibu Pitt , Jane Etta Pitt.

Sehari kemudian, wanita itu menerima mesej daripada akaun lain yang menyamar sebagai pelakon itu sendiri.

Akaun Pitt itu didakwa menghantar puisi dan pengisytiharan cinta kepada Anne, membuatkan dia percaya bahawa kedua-duanya berada dalam hubungan jarak jauh.

Ia masa yang tepat kerana kebetulan, Anna yang berkahwin dengan seorang jutawan, sedang melalui fasa sukar dalam hubungannya.

Walaupun individu yang berpura-pura menjadi Pitt mengelak daripada membuat panggilan, dia menghantar video dan imej yang dijana oleh Kecerdasan Buatan (A) kepada Anne untuk meyakinkan identiti dan cintanya terhadapnya.

Dia juga mengajak Anna berkahwin dengannya dan tidak lama selepas itu, perceraian Anne dimuktamadkan dan wanita menerima pampasan sebanyak 775,000 euro (kira-kira RM3.6 juta).

Pada masa yang sama, individu yang menyamar itu berkongsi gambar di hospital, meminta Anne wang untuk rawatan kerana kononnya menghidap barah buah pinggang

Individu itu mendakwa akaun banknya disekat kerana kes perceraiannya yang berterusan dengan Angelina Jolie.

“Memang menyakitkan saya untuk melakukannya, tetapi saya memberitahu diri saya bahawa saya mungkin menyelamatkan nyawa seorang lelaki,” katanya dalam rancangan “Sept a huit” yang disiarkan pada Ahad, 12 Januari petang di saluran berita tempatan TF1.

Beberapa bulan kemudian iaitu pada tahun lalu, Anne melihat laporan hubungan Pitt dengan pereka barang kemas Ines De Ramon dan menyedari dirinya sudah ditipu.

Anne berada di hospital, sedang dirawat kemurungan yang teruk.

Selepas berita itu mendapat perhatian, wakil Pitt menangani situasi itu dan berkongsi kenyataan dengan E! News.

“Sangat mengerikan bahawa penipu mengambil kesempatan daripada hubungan kuat peminat dengan selebriti.

“Tapi ini adalah perkara penting peringatan untuk tidak membalas mesej dalam talian terutamanya daripada pelakon yang tidak mempunyai akaun media sosial,” kata jurucakap itu pada 15 Januari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top