Bosan makan mi segera yang sama? Jom cuba 5 perisa ramen klasik Korean DAEBAK!

Bosan makan mi segera yang sama? Jom cuba 5 perisa ramen klasik Korean DAEBAK!

Asyik makan mi segera yang sama je, mesti rasa bosan kan? Kadang-kadang nak juga tukar selera dengan cuba mi segera yang berbeza mengikut citarasa dan mood kita.

Haaa! Korang tak perlu pening, mi segera DAEBAK kan ada. Mi segera DAEBAK merupakan perisa Korean asli yang diselidik dan dibangunkan oleh Shinsegae Food, Korea.

Apa yang menarik, mi segera DAEBAK kembali siri terbaharu ramen klasik Korean dengan lima perisa iaitu Seafood Jjamppong Ramyeon, Miyeok Guk Ramyeon, Rabokki, Kimchi Ramyeon dan Spicy Mushroom Ramyeon.

Bagi korang yang suka dengan makanan laut, Seafood Jjamppong Ramyeon adalah pilihan yang sangat tepat kerana ia merupakan hidangan makanan laut kegemaran Korean dengan kuah masam pedas yang digabungkan dengan mi kenyal premium.

 

Nikmati kepuasan hidangan seperti gaya di rumah dengan mencuba Miyeok Guk Ramyeon dengan kuah rumpai laut yang diisi Umami digabungkan dengan mi kenyal premium.

Buat peminat sos Tteok-bokki masam dan pedas, korang boleh cuba Rabokki yang merupakan mi segera ikonik di Korea yang disalut pada mi kenyal premium.

 

Siapa pengemar kimchi, mesti korang akan suka kimchi ramyeon ni. Mana tidaknya, kuah sup kimchi yang asli akan buat korang terkenang-kenang dengan keenakkannya.

Rasai resipi asli tradisional Korean iaitu Spicy Mushroom Ramyeon yang digabungkan dengan mi kenyal premium. Sekali cuba, confirm korang mesti nak lagi! 

Istimewanya mi segera DAEBAK ini sehinggakan menjadi pilihan pertama rakyat Malaysia, ia merupakan ramen Korean Premium yang sangat kenyal yang membuatkan korang berpuas hati bila menikmatinya!

Bukan itu sahaja, saiz mi juga adalah sangat besar berbanding dengan mi segera jenama lain. Apa yang lebih syok, paket perencah lebih besar yang mengandungi banyak perasa akan menjadikan kuah yang lebih enak dan pekat.

Apa yang lebih penting, korang tak perlu bimbang sebab mi segera DAEBAK ini diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Malah, harga mi segera DAEBAK ini pun sangat murah dan mampu milik berbanding mi segera Korean yang lain di pasaran tau! Hanya RM13.90 untuk harga pengenalan dalam masa terhad. Kena rebut tawaran tak masuk akal ini secepat yang mungkin sebelum tamat tempoh.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan mi segera DAEBAK di kedai serbaneka, pasar raya, kedai runcit dan pasar raya besar di seluruh negara berhampiran dengan korang!

#daebaktime #koreanclassicramyeon #daebakramyeon