Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila dikatakan berkahwin dengan abang kepada seorang selebriti terkenal.
Dakwaan menyebabkan para pengikut meminta penjelasan mengenai penceraiannya dengan suami terdahulu.
Namun, Bonda Rozita sehingga kini mengunci mulut dan anaknya juga berpendapat ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.
BACA: Anak Bonda Rozita Ibrahim Akhirnya Bersuara, Mengaku Ibu Bapa Sudah Cerai
Terbaru, Bonda menerusi hantaran di Instagram meluahkan perasaannya tentang ujian hidup yang berat.
Luahan penuh emosi: ‘Saya lemah wahai Allah’

Saya mulakan kalimah Bismillah. Dengan dunia yang ada ni, aku buntu ya Allah.. ujian yang berat pada iman dan diri ku.. Pada zahir dan batin ni ya Ya Allah – Tolong aku ya Allah. Sy lemah wahai Allah – Aku mohon kekuatan dari mu.. Aku tak berdaya wahai Allah.
Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa beliau sedang melalui fasa yang sukar, yang bukan sahaja menguji kekuatan mental, tetapi juga emosinya sebagai seorang ibu.
Tekanan rumah tangga dan kesihatan mental
Menurut usahawan ini, perkahwinan yang diimpikan untuk kekal bahagia menjadi satu cabaran besar dalam hidupnya.
Beliau turut mengakui bahawa tekanan mental yang dihadapinya semakin meruncing, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nasib anak-anaknya.
Tidak ada orang yang nak berkahwin untuk bercerai, tekanan mental dan kesihatan saya semakin teruk, dalam masa yang sama saya bertahan – kesian pada anak-anak – saya sedar diri dah berusia.
Baginya, sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan dan beliau berusaha untuk bertahan demi mereka.
Anak-anak tak tahu masalah rumah tangga

Bonda Rozita turut mendedahkan bahawa beliau memilih untuk tidak berkongsi masalah rumah tangganya kepada umum termasuklah anak-anaknya.
Namun, beliau tidak menafikan menantunya, Shahida tahu mengenai situasi sebenar dan menjadi tempatnya bergantung ketika menghadapi dugaan ini.
Dalam luahannya, beliau turut berkongsi detik menyentuh hati ketika menerima kata-kata semangat daripada anak-anaknya pada Hari Raya pertama tahun lalu.
