Bomba bantu angkat wanita 160 kg

Bomba bantu angkat wanita 160 kg

Melaka: Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang wanita obesiti dengan berat badan 160 kilogram dari Taman Rambai Jaya di sini, untuk dihantar ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Noor Hafizah Mohammed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.45 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, benar terdapat seorang pesakit obesiti wanita berumur 29 tahun mengalami sesak nafas dan sepasukan anggota telah menjalankan kerja-kerja mengangkat pesakit ke dalam lori angkut.

“Seterusnya pesakit dihantar ke Hospital Melaka bersama seorang pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan selepas kerja-kerja mengangkat selesai kira-kira setengah jam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top