Boleh ‘Mix & Match’ Ikut Keperluan, Pilih Pelan Insurans Dengan Etiqa “Up To You” | Oh! Media

Boleh ‘Mix & Match’ Ikut Keperluan, Pilih Pelan Insurans Dengan Etiqa “Up To You” | Oh! Media

Bayangkan kalau dapat mix and match pelan insurans ikut keperluan semasa, alangkah tenangnya hidup! 

Bukan apa, kami yakin pasti ramai antara korang yang nak beli produk insurans, tapi fikir banyak kali sebab ada sesetengah pelan dalam produk, bukan keperluan betul tak? 

Dengan Etiqa, korang dah tak perlu pening-pening kepala sebab mereka beri kebebasan kepada korang untuk pilih pelan dalam produk insurans tau. Seriuslah?!

Insurans Etiqa Sentiasa Mengutamakan Keperluan Pelanggan

Kalau korang perasan, rata-rata produk insurans semuanya mempunyai pelan asas yang merangkumi pelbagai perlindungan, namun tak semua pelan tersebut adalah keperluan semasa. 

Jadi, tak ke membazir namanya kalau kita bayar sebagai komitmen, tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya. Dah jadi satu hal betul tak?

Namun, berbeza dengan Etiqa, mereka sentiasa memikirkan dan meletakkan pelanggan mereka sebagai keutamaan apabila menawarkan pelan dan produk insurans tau. 

Ini kerana mereka ingin meningkatkan perlindungan asas, dalam masa sama beri kebebasan kepada pelanggan untuk menambah pelan mengikut keperluan. Baguskan?

Selain itu, Etiqa juga berpendapat bahawa insurans bukan hanya sekadar produk dan perkhidmatan, malah ia boleh membantu membina masa depan lebih baik serta memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan. Macam ini barulah betul, fikir perasaan pelanggan dulu!

Sebab itulah Etiqa hadir dengan kempen terbaru iaitu Up To You di mana ia akan memudahkan lagi korang untuk pilih pelan daripada produk insurans am yang bersesuaian, mengikut keperluan semasa. Biar betul?!

Up To You, Pilih Saja Pelan Ikut Keperluan 

Macam yang korang tahu, Etiqa mempunyai produk insurans am di mana ia meliputi perlindungan insurans seperti insurans perjalanan, motor, kereta dan rumah. 

Justeru, memandangkan terdapat beberapa insurans am yang tersedia, menerusi kempen Up To You ini, korang diberi kebebasan pilih mana-mana pelan untuk ditambah dalam produk insurans am, mengikut keperluan korang tau. Seriuslah?!

Ya, ini bermaksud korang tak akan terikat dengan pelan standard sedia ada dan korang akan lebih fleksibel untuk pilih mana-mana pelan perlindungan yang penting untuk keadaan semasa. 

Sebagai contoh, kalau korang nak melancong, korang boleh dapatkan produk insurans am perjalanan, yang merangkumi perlindungan seperti Kelewatan Bagasi, Kelewatan Perjalanan, Kehilangan Dokumen, Kehilangan Barang Berharga dan banyak lagi.

Dah nama pun melancong, kita mesti tak tahu apa akan terjadi pada diri kita betul tak? Jadi, dengan Up To You, korang boleh tambah Perlindungan Tambahan untuk Aktiviti Berbahaya dan/atau Perlindungan COVID-19 Tambahan mengikut situasi korang. Baguskan?

Contoh lain pula, kalau korang mempunyai kenderaan seperti kereta atau motor, memang disarankan sangat untuk mempunyai insurans perlindungan, sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan terjadi pada diri kita, orang tersayang atau pada aset kita sendiri kan?

Jadi, dengan produk insurans am kereta atau motor, ia akan melindungi dari segi Kecederaan Badan dan Kematian Pihak Ketiga, Kerugian atau Kerosakan Harta Pihak Ketiga dan Kehilangan atau Kerosakan Pada Kenderaan Akibat Kebakaran dan Kecurian atau Kemalangan Yang Tidak Disengajakan.

Rasa macam tak cukup? Korang boleh tambah dengan Up To You perlindungan pada kereta atau motor seperti Perlindungan Kemalangan Diri Oto 360, Perlindungan Cermin Kereta, Pampasan Tunai, Kerosakan Yang Disebabkan Oleh Cuaca dan Rusuhan, dan/atau Penjagaan Seperti Baharu.

Paling best, dengan Up To You, korang tak perlu risau nak jumpa ejen insurans untuk tambah pelan sebab sekarang ini, segalanya hanya di hujung jari saja. Korang hanya perlu pilih dan tekan mana-mana produk yang diingini menerusi laman web rasmi Etiqa di https://www.etiqa.com.my/v2/homepage

Ingat Etiqa, Ingat ‘Up To You’

Jadi lepas ni kalau korang nak mix and match pelan insurans mengikut keperluan semasa, tak perlu cari jauh lagi dah, ingat saja Up To You daripada Etiqa. Mudah dan lebih berbaloi!

Manfaat-manfaat yang perlu dibayar di bawah produk yang layak akan dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Insurance Berhad atau PIDM (www.pidm.gov.my).  

Untuk maklumat lanjut tentang Up To You atau sebarang info terkini, layari laman web rasmi Etiqa atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Scroll to Top