“Boleh Fokus Ibadah Bulan Ramadan” – Netizen Lihat Ada Hikmah Nabil Digantung Tugas

“Boleh Fokus Ibadah Bulan Ramadan” – Netizen Lihat Ada Hikmah Nabil Digantung Tugas

Susulan kontroversi terpalit baru-baru ini, ramai yang memberikan sokongan terhadap tiga penyampai radio Era FM termasuk kepada pelawak Nabil Ahmad.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan Nabil bersama rakan-rakannya di bazar Ramadan.

BACA: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh…” – Elly Mazlein, Nabil Ahmad Sudah Berbaik

@keriamymama

terima kasih Nabil sudi singgah gerai mama beli laksa! semoga dimurahkan rezeki selalu. ??? #kualasungaibaru

? Ramadan by Maher Zain – Ihsan.fans_GALASKY

Menerusi hantaran itu, pengguna itu turut mengucapkan terima kasih kepada Nabil kerana sudi singgah ke gerainya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku kerana dia boleh memberi fokus kepada ibadah di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Nabil berpeluang untuk menyertai jemaah sert mendekatkan diri kepada Allah dalam masa yang sama berehat.

Terdahulu, Era FM telah dikenakan kompaun RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.


Scroll to Top