
NSL 2023 yang dimeriahkan dengan kehadiran 11 pemain import mungkin boleh membuka dimensi baharu sukan tersebut. – Foto Facebook NSL Gambar kecil: Husna
KEHANGATAN Netball Super League (NSL) 2023 yang dimeriahkan dengan kehadiran 11 pemain import mungkin boleh membuka dimensi baharu sukan tersebut ke arah liga profesional pada masa depan.
Bekas pemain bola jaring negara, Husna Hussin Ali melihat idea itu sebagai bukan mudah, namun tidak mustahil dilaksanakan menerusi sokongan pelbagai pihak termasuk di peringkat nasional.
Malah beliau juga optimis keupayaan Malaysia yang mampu menghasilkan pemain yang bertaraf dunia dan profesional kerana skuad kebangsaan pernah bertanding pada kejohanan dunia dan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur 25 tahun lalu.
“Ke arah profesional ini bukan tugas yang mudah tetapi bukan mustahil. Perjalanan yang masih panjang dan sokongan kesemua pihak amat diperlukan.