Blueair Blue Max membersihkan 99.97 peratus zarah bawaan udara

Blueair Blue Max membersihkan 99.97 peratus zarah bawaan udara

UDARA bersih dan selamat adalah sesuatu yang penting bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan setiap individu.

Walau bagaimanapun, ramai individu tidak menyedari bahawa mereka terdedah kepada udara yang dicemari bahan berbahaya sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Timbalan Presiden Persatuan Udara Bersih Malaysia, Profesor Dr Juliana Jalaludin, berkata orang ramai biasanya meluangkan 60 peratus daripada masa seharian mereka di dalam rumah, atau ruangan tertutup, manakala kanak-kanak dan bayi pula kebiasaannya akan menghabiskan 80 hingga 100 peratus masa mereka di dalam rumah.

Namun, udara di dalam kediaman boleh menjadi 100 kali lebih tercemar berbanding udara di luar disebabkan oleh pelbagai faktor.

Ini termasuk aktiviti memasak yang membebaskan karbon monoksida dan sebatian organik meruap (Volatile organic compounds/VOC), hama habuk, bulu haiwan peliharaan, dan bahan kimia di dalam produk pembersih, penyegar udara serta produk rumah lain yang membebaskan bahan kimia berbahaya ke udara.

Bahan pencemar ini boleh membawa pelbagai masalah kesihatan, termasuk alahan, asma dan jangkitan salur pernafasan.

Penyelesaian untuk udara bersih

Blueair Blue Max membersihkan 99.97 peratus zarah bawaan udaraPenapisan 5 peringkat HEPASilentā„¢ Blueair berkesan untuk penapisan maksimum dengan bunyi minimum.

Memahami keperluan udara bersih untuk seisi rumah, Blueair tampil dengan pembersih udara berkuasa tinggi iaitu Blueair Blue Max bagi membantu pengguna menghirup udara yang lebih bersih di dalam rumah.

Menggunakan teknologi HEPASilentā„¢ proprietari Blueair, ia menggabungkan penapisan elektrostatik dan mekanikal untuk mengeluarkan 99.97 peratus zarah bahan pencemar bawaan udara sekecil 0.3 mikron termasuk habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, dan kulat.

Blueair Blue Max juga dapat membersihkan keseluruhan isipadu udara di dalam bilik sebanyak lima kali dalam satu jam yang merujuk kepada lima pertukaran udara sejam (Air Changes per Hour/ACH).

Ini menunjukkan Blueair Blue Max berupaya membersihkan udara dengan cekap dalam kadar dan jangka masa yang disyorkan oleh Persatuan Pengilang Peralatan Rumah (Association of Home Appliance Manufacturers/AHAM).

Ia juga telah diperakui oleh QuietMark sebagai pembersih udara paling senyap di pasaran yang dilengkapi perisai bunyi, membolehkannya beroperasi pada kelajuan kipas tertinggi sambil mengekalkan tahap bunyi yang rendah iaitu antara 18dB sehingga 53dB.

Ini sekali gus membolehkan pengguna tidur dengan tenang dan lena sambil Blueair Blue Max membersihkan udara pada waktu malam.

Cekap tenaga

Menggunakan tenaga yang hampir setimpal mentol lampu, Blueair Blue Max menunjukkan kecekapan unggul dan jangka hayat penapis yang dilanjutkan sehingga 50 peratus lebih lama daripada pendahulunya.

Rangkaian pembersih udara baharu ini juga mempamerkan saluran pengeluaran udara yang direka semula dengan corak lubang yang dioptimumkan bagi memaksimumkan kawasan penapis serta meningkatkan prestasi untuk menghasilkan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Bukan itu sahaja, Blueair Blue Max turut dilengkapi ciri pintar yang memudahkan pengguna. Salah satunya termasuk ciri ‘Real Track Algorithm’ bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat tentang keadaan kebersihan penapis yang memaklumkan pengguna apabila ia perlu digantikan.

Pengguna juga boleh mengawal pembersih udara innovatif ini melalui aplikasi Blueair dan mengakses data kualiti udara, memilih mod, mengaktifkan ciri kunci kanak-kanak, serta mengawal peranti melalui Amazon Alexa dan memanfaatkan teknologi Geofencing.

Lebih menarik, fungsi ciri pintar ETA Udara Bersih produk ini dapat memberikan anggaran jangka masa yang diperlukan oleh mesin tersebut untuk membersihkan udara apabila kualiti udara merosot.

Blueair Blue Max turut menampilkan paparan pintar dengan penunjuk kualiti udara lima warna LED yang membolehkan pengguna melihat kualiti udara sepintas lalu.

Selain ciri pintarnya, Blueair Blue Max adalah siri pembersih udara yang dilengkapi pra-penapis boleh tanggal sepenuhnya dan boleh dibasuh.

Fungsi ini dapat meningkatkan jangka hayat penapis utama dengan menangkap zarah bawaan udara yang lebih besar seperti habuk, serat, debunga dan bulu haiwan peliharaan.

Pra-penapis diperbuat daripada fabrik ini, tersedia dalam lima warna berbeza, memberikan pengguna pilihan untuk memperibadikan pembersih udara agar dapat disesuaikan dengan sebarang dekorasi ruangan.

Pembersih udara ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam kediaman dan masih dapat menangkap bahan pencemar dari semua sudut kerana ia direka dengan pengambilan udara 360 darjah.

Nikmati udara bersih dengan Blueair Blue Max

Direka dan boleh didapati dalam lima saiz berbeza, pengguna dapat memilih mengikut kesesuaian saiz bilik bermula pada harga RM939.

Alami persekitaran kediaman yang bersih dan selesa dan rasai pengalaman penggunaan rangkaian pembersih udara Blueair Blue Max hari ini.

Dapatkan segera di Harvey Norman, TBM, ESH dan kedai elektrik utama yang lain.

Rangkaian Blue Max adalah tambahan terbaru pembersih udara Blueair. Antara rangkaian pembersih udara Blueair ialah Blueair HealthProtect; Blueair DustMagnet; Blueair Classic; Blueair Cabinair (pembersih udara kereta); dan kipas Blue Pure Fan.

Rangkaian Blue Max edaran Visionary Solutions Sdn Bhd, pengedar eksklusif peralatan rumah berkualiti premium dari seluruh dunia.

Antara jenama terkenal yang dibawa masuk oleh mereka termasuk Blueair, Laurastar, KitchenAid, NESCAFƉā“‡ Dolce Gustoā“‡ dan iRobot.

Layari laman sesawang pengedar eksklusif Blueair, di Visionary Solutions Sdn Bhd, Facebook Blueair Malaysia dan Instagram Blueair Malaysia.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top