Black Hawk Israel terhempas di Gaza, dua askar Zionis maut

Black Hawk Israel terhempas di Gaza, dua askar Zionis maut

TEL AVIV ā€“ Sebuah helikopter buatan Amerika Syarikat UH-60 Black Hawk milik Israel terhempas di Rafah, Gaza semalam.

Media Israel melaporkan, dua askar terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas helikopter milik Tentera Udara Israel terhempas di selatan Semenanjung Gaza malam tadi dan mendakwa kejadian berkenaan ā€˜sebagai kemalanganā€™.

Menurut siasatan awal pasukan pertahanan Israel (IDF), helikopter Black Hawk dari Skuadron ke-123 itu telah diterbangkan ke Rafah dengan pasukan perubatan Unit 669 pada sekitar jam 11:30 malam.

Unit itu diterbangkan untuk memindahkan seorang jurutera tempur yang cedera parah semasa pertempuran di kawasan penempatan rakyat Palestin yang diceroboh.

Semasa peringkat pendaratan terakhir di kawasan perkhemahan IDF di Rafah, helikopter itu ā€˜tergeserā€™ dengan tanah dan tidak mendarat dengan betul.

IDF mendakwa helikopter tersebut tidak terkena tembakan musuh dan nahas berlaku beberapa saat sebelum pesawat itu sepatutnya mendarat ā€œbermakna ia tidak jatuh dari ketinggian yang ketaraā€.

The Times of Israel melaporkan, helikopter canggih dan mahal itu rosak teruk dan semua penumpangnya cedera.

Secara keseluruhannya, dua askar terbunuh dan lapan lagi dibawa ke hospital, empat daripadanya dalam keadaan serius dan salah seorang adalah jurutera tempur yang cedera dalam insiden berasingan sebelum ini yang hendak diangkut ke hospital

Masih tidak jelas apa yang menyebabkan nahas itu, walaupun IDF menyifatkan ia sebagai kemalangan.

Siasatan telah dilancarkan untuk menentukan sebab helikopter itu menjejaskan tanah di perkhemahan dan bukannya mendarat dengan betul.

Nama-nama askar yang terbunuh masih belum diumumkan tetapi keluarga mereka telah dimaklumkan.- Agensi

Scroll to Top