Bill O’Reilly Sekali Lagi Hina Malaysia

Bill O’Reilly Sekali Lagi Hina Malaysia

Nama Bill O’Reilly mungkin asing bagi sesetengah rakyat Malaysia, tapi kenyataannya yang lantang dan ‘berapi’ buat ramai naik darah.

Dalam satu lagi kenyataan kontroversi, pengulas konservatif dari Amerika Syarikat ini mempersoalkan kemampuan ekonomi Malaysia dengan membandingkan pendapatan per kapita isi rumah negara kita dengan AS.

“Malaysia marah, ini cerita tak masuk akal”- Bill O’Reilly…

Bill O’Reilly

O’Reilly mendakwa pendapatan isi rumah di Malaysia hanya sekitar AS$5,731 (RM25,061) setahun, jauh berbeza dengan AS yang mencatat AS$42,220 (RM184,628).

Angka itu menjadikan perbezaan lapan kali ganda. Malaysia marah pada saya, ini cerita tidak masuk akal.

PM Anwar Ibrahim tak diam diri…

Kenyataan biadab itu segera dibalas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan komen O’Reilly sebagai tidak berasas dan sombong.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, O’Reilly langsung tidak memahami realiti sebenar Asia Tenggara.

“Pandangan penuh kejahilan dan pengaruh kolonial”- Anwar Ibrahim.

ron95

Dalam responsnya, Anwar tidak teragak-agak menyelar kenyataan tersebut sebagai satu bentuk kejahilan, malah turut menyentuh unsur perkauman dan mentaliti warisan kolonial yang masih membelenggu sesetengah individu Barat.

Dalam kenyataan sama, Bill O’Reilly sendiri mengakui bahawa dirinya adalah seorang penjajah. Satu pengakuan yang jelas menggambarkan cara fikir beliau terhadap dunia luar, terutama negara membangun seperti Malaysia.

Pssttt! Kita tak boleh halang suara luar yang memandang rendah pada negara kita. Tapi kita boleh berdiri teguh dan balas dengan fakta, bukan emosi. Bila pemimpin kita bersuara untuk mempertahankan maruah negara, itu bukan sekadar jawapan balas, tapi satu isyarat bahawa kita bukan lagi bangsa yang mudah diperkotak-katikkan. Terus maju, Malaysia!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top