“Biasiswa Pelajar Tiada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan..”- Komen Che Ta Tarik Perhatian Netizen | Oh! Media

“Biasiswa Pelajar Tiada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan..”- Komen Che Ta Tarik Perhatian Netizen | Oh! Media

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan sekali lagi menjadi perhatian netizen gara-gara isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pelakon dan usahawan ini tampil menafikan tuduhan bahawa pinjaman perniagaan yang diambilnya menjejaskan biasiswa pelajar.

Menurut Che Ta, kedua-dua perkara itu tiada kaitan langsung. Dia menyeru agar orang ramai percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan untuk setiap individu.

BACA: Zain Saidin Dedah Sebab Che Ta Sekat Semua Panggilan

Respon tegas Che Ta

Biasiswa pelajar tiada kena mengena dengan pinjaman perniagaan. Tapi kalau anak awak belajar pandai, rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah.- Balas Che Ta di ruangan komen.

Namun begitu, komen tersebut mencetuskan perdebatan hangat. Ada netizen yang mempersoalkan cara dia menjawab dan tidak kurang juga yang menyifatkan jawapan itu kurang sensitif terhadap situasi pelajar yang memerlukan.

Netizen dakwa jawapan yang diberikan Che Ta angkuh…

Walaupun ada yang menyokong Che Ta, ramai juga yang kurang senang dengan respon tersebut. Beberapa komen mendakwa jawapan itu bersifat angkuh, manakala ada yang meminta pelakon itu melangsaikan hutang tanpa perlu berbalas komen.


Scroll to Top