Siapa sangka penyanyi dan bapa kepada tiga cahaya mata ini kembali memegang status pelajar? Itulah yang terjadi kepada penyanyi popular Tomok apabila beliau mengumumkan telah diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Persembahan.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Tomok sendiri di Instagram miliknya, memperlihatkan surat tawaran rasmi kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di bawah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan untuk Semester 2 Sesi 2024/2025.
Selepas UUM, Tomok sambung belajar di UPSI
Lebih mencuit hati, isteri Tomok Ayu Abas turut meninggalkan komen lucu “Tahniah Ayah… tambah lagi 1 rotan… total rotan in my hand is 4.”
Ramai juga warganet dan peminat memuji semangat Tomok yang masih dahagakan ilmu walaupun sudah pun berjaya dalam bidang seni.
“Insyaallah saya akan berikan yang terbaik”
Dalam satu lagi perkongsian video, Tomok merakamkan dirinya ketika mendaftar sebagai pelajar baru di UPSI.
Tomok berseloroh berkata situasinya terbalik apabila anak-anak yang menghantarnya masuk belajar.
Perkongsian itu disambut meriah oleh para peminat yang rata-rata bangga dengan pencapaian dan sikap positif beliau.