Beto Kusyairy Tolak Babak Atas Katil, Watak Penunggang Agama

Beto Kusyairy Tolak Babak Atas Katil, Watak Penunggang Agama

Pelakon Beto Kusyairy menolak keras untuk melakonkan babak atas katil mahupun berunsur seksual kerana mahu menjaga sensitivti keluarga. 

Memetik Utusan Online, Beto berkata dia masih kekal dengan prinsipnya itu dan tidak mahu melakonkan babak sedemikian kerana tidak mahu lakonan tersebut tersimpan di internet.

BACA: “Kena Sedar Diri Kita” – Pelakon Baru Idam Trofi Oscar, Beto Kusyairy Titip Nasihat

“Saya akan tolak habis-habisan babak melibatkan katil. Memang saya tak pernah buat babak intim sebegitu waima merogol sekali pun.

“Prinsip itu saya pegang kerana mahu menjaga sensitiviti keluarga. Sebab, kalau saya buat (babak intim), ia akan jadi khazanah yang boleh ditonton semua orang dalam Internet sampai bila-bila,” katanya.

Selain babak intim, Beto juga enggan melakonkan watak seorang penunggang agama seperti ustaz scammer yang makan duit anak yatim kerana tidak mahu wujud persepsi negatif terhadap ustaz yang baik-baik.

“Saya tak mahu watak sebegitu wujudkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap ustaz yang baik-baik di luar sana. Nanti asal berjubah, orang akan ‘cop’ tak boleh pakai, sedangkan memang seorang pendakwah,” katanya.

SUMBER: Utusan Online


Scroll to Top