Besar betul! Netizen teruja, paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang

Besar betul! Netizen teruja, paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang

Tular di media sosial memaparkan penemuan mamalia laut dipercayai paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang semalam sehingga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video itu, seorang lelaki menyebut “Ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus, turun ma, selam pergi sana ikan paus,” berulang beberapa kali.

Artikel lain: Rasa badan macam ikan paus dalam TV, Atikah Suhaime tolak tawaran berlakon

Paus bungkuk kali pertama muncul

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, pensyarah Program Biologi Marin dan Penyelidik Bersekutu Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Maizah Mohd Abdullah berkata, kemunculan spesies yang juga dikenali sebagai paus bungkuk itu boleh dianggap istimewa kerana tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

Difahamkan, ia merupakan seekor puas dipercayai spesies Humpback Whale (megaptera novaeangliae) yang melakukanpenghijrahan atau migrasi paling jauh berbanding mana-mana haiwan mamalia lain.

“Walaupun agak sukar mengecam spesies paus itu kerana rakaman video pendek dan kurang jelas menunjukkan bahagian kepala atau ekor paus itu tetapi pengecaman pada bentuk sirip dorsal menunjukkan ia adalah spesies Humpback Whale atau paus bungkuk.
“Untuk rekod, spesies ini boleh dijumpai di perairan dalam di seluruh dunia namun populasi yang paling hampir dengan perairan Malaysia adalah dari kawasan Western North Pacific,”katanya.

Beliau berkata, populasi paus bungkuk ini menggunakan erairan Okinawa, Jepun dan Filipina untuk membiak dan di Malaysia, ia pernah dilaporkan ditemui di perairan Pangkor, Perak dan Miri, Sarawak,