Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan adiknya, aktres Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha insan bertuah meskipun baru kehilangan anak bongsu mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata mereka berdua sangat bertuah kerana empat anak syurga menanti disana.
BACA: “Aisy Bayi Yang Sangat Baik” – Che Ta Sedih Atas Pemergian Mengejut Anak Saudara
@rozitachewan1 Dlm galery fon mak ngah ni byk sgt gambar baby Raees . Setiap week end kalau Raees tk mai KD, mak ngah akan p Seremban .. Baby yg sgt baik , terlalu baik , luar biasa.. Mummy & Daddy sgt beruntung dikurniakan anak syurga ini ..pinjaman yg penuh kenikmatan #6bulan9hari Beruntung nya Ayu & Zaquan, 4 org anak2 syurga dh menanti disana .. Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba diatas dunia, namun membawa khabar gembira ria di alam akhirat , insyaAllah amin ya Allah ?? .. Smlm, dpt jgk kami semua tidor dgn baby Raees utk kali terakhir ??????? . Selamat jalan anak syurga Damai lah mu disana sayangku ???????? Muhammad Aisy Al Raees b Mohammad Zaquan Adha
Menurut Che Ta lagi, dia menyifatkan arwah Muhammad Aisy Al Rees seorang bayi yang sangat baik dan luar biasa serta mengatakan ianya pinjaman yang penuh kenikmatan.
“Dalam galeri telefon mak ngah ni banyak sangat gambar baby Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak mai KD, mak ngah akan pi Seremban.
“Baby yang sangat baik, terlalu baik, luar biasa. Mummy & Daddy (Ayu dan Zaquan) sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini. Pinjaman yang penuh kenikmatan. #6bulan9hari. Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga dah menanti di sana.“katanya.
Sementara itu, Che Ta berkata pada pada Selasa lalu mereka dapat tidur bersama anak syurga itu buat kali terakhir dan turut mengucapkan selamat jalan buat baby Raees.
“Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga. Damailah mu disana sayangku, Muhammad Aisy Al Raees bin Mohammad Zaquan Adha” tulisnya.
Selasa lalu, anak bongsu Ayu dan Zaquan, Muhammad Aisy Al Rees berusia enam bulan meninggal dunia ketika tidur.