asmaini@mediaprima.com.my
Serlahkan raya anda. Dalam kesibukan melakukan persiapan menyambut Aidilfitri, jangan ketinggalan untuk menyerlahkan diri anda sendiri.
Sempena sambutan perayaan ini, guardian Malaysia (guardian) membantu orang ramai untuk tampil terbaik, rasa terbaik dan meraikan sisi terbaik diri mereka sendiri melalui kempen istimewa Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian.
Menurut Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Priscilla Wu, Aidilfitri adalah mengenai kegembiraan, kasih sayang dan kebersamaan.
Katanya, ia juga adalah waktu sempurna untuk berbangga dengan usaha yang dilakukan bagi menjadikan sambutan itu istimewa, bukan hanya kepada keluarga tersayang, malah diri sendiri.
“Raikan diri anda yang terbaik bersama guardian. Sebagai rakan yang dipercayai, kami di sini membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan dan kesejahteraan supaya anda benar-benar dapat menyerlahkan raya anda bersama kami.
“Ini kerana selain persediaan rohani, mental dan fizikal sepanjang Ramadan, penjagaan diri juga adalah kunci.
“Sama ada untuk kulit berseri, rambut yang sihat atau kesejahteraan menyeluruh, kami menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan Aidilfitri dengan rasa berseri, yakin dan segar,” katanya pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.
Pada majlis sama, rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit terkemuka itu turut melancarkan sebuah filem muzikal raya yang menghiburkan dan menyentuh hati.
Berlatarkan suasana pagi pertama Aidilfitri, filem itu mengisahkan mengenai sebuah keluarga kecil yang ceria, dengan bangganya mendedahkan kepada tetamu rahsia menjaga kecantikan dan kesihatan mereka dengan bantuan guardian.
Selaras dengan inisiatif #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, filem itu dibintangi pelakon dan penyanyi berbakat, Alyssa Dezek selaku watak utama.
Filem muzikal berkenaan menjadi peringatan menghiburkan bahawa setiap orang berhak merasai yang terbaik dalam setiap peringkat kehidupan.
Dalam pada itu, melalui inisiatif #loveforlocal, jenama terbabit turut berkolaborasi dengan Fiziwoo untuk menampilkan kepelbagaian keindahan Malaysia melalui koleksi rekaan fesyen menarik.
Melalui kolaborasi ini, orang ramai boleh mengekspresi diri mereka, bukan sahaja melalui penjagaan diri dan kesejahteraan, tetapi juga melalui fesyen yang mencerminkan identiti tersendiri.
Menerusi kolaborasi unik itu Fiziwoo akan menghadiahkan hadiah raya istimewa berserta produk eksklusif guardian kepada pelanggan yang membeli rekaan pereka duo berkenaan yang bernilai lebih RM150.
Inisiatif itu turut menyumbangkan hadiah raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia untuk menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan pada musim yang bermakna ini.
Sementara itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran hebat, potongan harga, ganjaran dan pelancaran produk baharu termasuk jenama terhangat di semua stor fizikal dan stor dalam talian.
© New Straits Times Press (M) Bhd