Semalam, pelakon Zizan Razak dijemput hadir ke program rancangan MeleToP bagi mempromosikan filem terbaharunya iaitu Abang Long Fadil 3 yang bakal menemui ramai pada 8 September nanti bersama rakan gandingan, Elizabeth Tan.
Tidak terkecuali, rancangan tersebut turut menjemput pengacara dan penyampai berita cantik, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan sebagai hos jemputan pada malam tersebut.
Bagaimanapun, penampilan sedondon Zizan dan Hawa menerima usikan nakal oleh pengacara, Nabil Ahmad termasuk Elizabeth Tan yang dilihat ‘masuk air’ memandangkan kedua-duanya masih ‘single’.
Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Instagram, Nabil menukar tempat tukar dengan Zizan yang pada asalnya mengambil alih kerusi Elizabeth Tan bagi memberi peluang kepada pelawak kelahiran Terengganu itu duduk bersebelahan dengan Hawa.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan keterujaan dan ‘sokong’ sekiranya mereka berdua berjodohan memandangkan aksi ‘silang kaki’ turut dilihat serentak selain berpakaian sedondon di studio MeleToP.
Selain itu, ramai meninggalkan komen dan meminta agar pihak produksi dapat menawarkan Hawa sebagai pengacara rancangan tersebut memandangan wanita berusia 27 tahun itu memiliki rupa paras seiras selebriti Neelofa yang juga pernah mengacarakan MeleToP suatu ketika dahulu.
Sumber: Instagram @meletop