Berpakaian nipis & jarang nampak ‘sport bra’, Youtuber ‘hijabis’ K-Pop dikritik

Berpakaian nipis & jarang nampak ‘sport bra’, Youtuber ‘hijabis’ K-Pop dikritik

Nama personaliti media sosial, Sabrina Azhar pernah menjadi bualan panas ramai apabila dia berkongsi pandangan tentang wanita berhijab yang suka menari dalam sebuah program temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC.

Dalam temubual tersebut, Sabrina yang juga seorang penuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan mengatakan adalah tidak menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang yang berhijab ingin membuat tarian K-Pop kerana dunia sekarang sudah maju.

Senyap daripada bualan ‘panas’, gadis ini sekali lagi membuatkan netizen kurang senang selepas dia memuat naik sebuah video di laman TikTok pada minggu lalu.

Menerusi video dimuat naik, gadis berusia 22 tahun itu dilihat sedang membuat transition mengikut trend semasa di platform tersebut dengan mengenakan hoodie kelabu sebelum mengubah penampilan memakai jaket hitam bersama t-shirt putih.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah sports bra jenama Nike yang jelas kelihatan walaupun dia memakai t-shirt berwarna putih.

@jpbrinx

♬ BILLIE EILISH. – Armani White

Perkongsian itu menerima cemuhan warganet di mana ramai meluahkan rasa berang dan ketidakpuasan hati apabila dia tampil berani mati mengenakan pakaian seperti itu.

Mereka mengkritik kerana baju yang dipakai oleh Sabrina sangatlah jelas menampakkan pakaian dalam berjenama Nike itu.

Malah, ada yang mengatakan tindakan itu seolah-olah menunjukkan ‘penari’ K-Pop Malaysia bakal menanggalkan hijabnya tidak lama lagi.

Sumber; TikTok @jpbrinx

Scroll to Top