Berjubah & Berhijab, Penampilan Amelia Christie Terima Pujian – “Terima Kasih Ya Allah”

Berjubah & Berhijab, Penampilan Amelia Christie Terima Pujian – “Terima Kasih Ya Allah”

Penampilan pelakon Amelia Christie menuai perhatian selepas dia tampil berpakaian menutup aurat.

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di platform TikTok, Amelia kelihatan memakai jubah yang dipadankan dengan hijab berona hijau gelap beserta kapsyen.

“Terima Kasih Ya Allah. Caramu mendewasakanku sungguh luar biasa,”coretnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan doa dan berharap agar Amelia istiqamah dalam menjaga auratnya.

Bagaimanapun, ada juga yang memaklumkan, tujuan Amelia memakai pakaian menutup aurat itu hanyalah sekadar mempromosikan pakaian muslimah sebuah produk pakaian.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dan menerima lebih 5,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Terdahulu, nama Amelia mula mencuri perhatian selepas dia dan aktor popular Sharnaaz Ahmad dilihat tampil bersama ketika majlis Malam Gala Tayangan Filem Polis Evo 3.

 

Scroll to Top