Berita palsu antara faktor pembunuhan Saidina Uthman R.A

Berita palsu antara faktor pembunuhan Saidina Uthman R.A

PAGI Jumaat 18 Zulhijjah 35 Hijriah merupakan tragedi berdarah yang menggambarkan bermula siri-siri fitnah berlaku ke atas umat Islam. Tarikh tersebut ialah syahidnya Khalifah yang ketiga Saidina Uthman bin Affan R.A setelah melalui 40 hari tempoh pengepungan oleh golongan yang termakan fitnah. 

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan terbunuhnya Saidina Uthman bin Affan R.A ialah: 

1. Umat dilanda wabak kelekaan.

2. Kemunculan masalah dalaman. 
    – Musuh menyusup ke dalam masyarakat Islam.
    – Mudah menerima berita palsu.
    – Berkurangnya agihan hasil negara dalam menangani pertambahan rakyat.
    – Kehilangan Khatam (Cop Mohor).
    – Pelantikan ahli keluarga.
    – Pertukaran dan pemecatan pemimpin.

3. Ujian kemenangan lebih mencabar.

Saidina Uthman bin Affan R.A dibunuh ketika dalam keadaan berpuasa dan membaca al-Quran. Beliau berkata, “Sesungguhnya aku bermimpi melihat Rasulullah S.A.W pada suatu malam. Lalu Baginda bersabda ‘Wahai Uthman! Berbukalah bersama kami.’”

Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari tragedi yang berlaku ialah: 

1. Berita palsu (fitnah) apabila ia telah tersebar tidak kira siapa mangsanya. Di antara mereka yang termakan dengan fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ ialah Muhammad bin Abu Bakar.

2. Saidina Uthman bin Affan R.A tidak menghukum Marwan bin Hakam kerana bukti-bukti yang mensabitkannya bersalah tidak kukuh. Sebagaimana prinsip kita ‘Seorang tidak dianggap bersalah sebelum mahkamah menetapkan ia bersalah.’ 

Semoga peristiwa-peristiwa tersebut dapat kita jadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan kita samada ianya tauladan yang perlu kita ikuti atau sempadan yang mesti kita jauhi.

IBNU SATHIRIN AL BANTHANY – HARAKAHDAILY 7/7/2023

Advertisement

Scroll to Top