Saban hari, ada sahaja kontroversi yang dibangkitkan oleh Ustazah Siti Afifah sehingga mencetuskan perbalahan dan kemarahan ramai di media sosial.
Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @damiatihanie di laman TikToknya, kelihatan ‘pendakwah bebas’ tersebut sedang memberi ceramah mengenai punca tompok hitam di bawah mata individu.
@damiatihanie Dia lah ustazah,dia lah doktor.. kelakar la ustajah ni😂 #ustazahviral #masukberanda #berandatiktok #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 #racun #matapanda
Dalam video itu, Ustazah Siti Afifah memaklumkan asbab perkara tersebut terjadi adalah disebabkan kandungan racun yang terdapat di bawah mata dan bukan kerana kurang tidur seperti mana yang didakwa netizen.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan terhibur dengan apa yang dikatakan oleh Ustazah Siti Afifah.
Malah, bimbang dengan keadaannya yang sering beri ceramah tidak masuk akal, ada individu yang memberi cadangan supaya anak Ustazah Siti Afifah membawa ibunya itu pergi lakukan rawatan dan ruqyah
Bukan itu sahaja, netizen turut berpendapat dia bukannya seorang ‘pendakwah’ malah, dia juga merupakan seorang ‘doktor’ memandangkan sering memberi kenyataan yang berunsurkan kesihatan.
Sumber: TikTok @damiatihanie