Berhenti mengejut, polis cari pemandu Iriz biru

Berhenti mengejut, polis cari pemandu Iriz biru

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemandu sebuah kereta yang bertindak memberhentikan kenderaannya secara mengejut di di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian itu tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sasatan mendapati Proton Iriz berwarna biru itu dipandu dari arah Batu Caves menghala ke Ampang sebelum pemandunya bertindak memperlahankan kenderaan serta memberhentikan keretannya seketika sebelum meneruskan perjalanan.

“Tindakan pemandu terbabit membuat halangan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada masa sama, beliau meminta pemilik kamera papan pemuka yang merakam kejadian tersebut segera tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombah bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette