Berhati-hati ketika marah

Berhati-hati ketika marah

SEDANG berlangsung cerita hangat seorang pempengaruh berkaitan urusan poligami dan sebagainya, bukan itu yang ingin diketengahkan. Tapi sebagai seorang Muslim mestilah dalam kondisi berhati-hati dan taqwa ketika memasuki polemik dan cerita-cerita begini.

Ingat di kala ini, akan ada yang mengambil kesempatan dengan emosi-emosi yang terhambur.

Kerana apa, akhirnya yang akan menjadi fitnah adalah syariat Islam. 

Membaca beberapa tulisan yang menyuarakan mengenai relevansi syariat Islam dengan alasan bahawa pemahaman kita terhadap syariat seperti yang terformulasikan dalam karya-karya ulamak masa silam ada yang salah dan mereka juga mengatakan bahawa syariat tersebut sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan dunia saat ini. Ini bencana.

Ayat-ayat ini seperti yang diplotkan mereka yang liberal dalam memahami syariat Islam. 

Harus sedar, hukum Islam memberikan perempuan tempat yang selayaknya, juga memperlakukan mereka dengan adil, tetapi pelakunyalah yang sering membuat kesilapan dan ketidakadilan.

Saya setuju dengan ucapan seorang sahabat saya, berbanding hari ini yang sudah penuh dengan cerita-cerita women empowering, alangkah bagus juga diseiringkan mengangkat cerita-cerita agar lelaki pula menjadi Muslim yang baik, adil dan mengikut syariat. Yang akhirnya agar Islam tidak menjadi fitnah.

Ini yang patut diusahakan. Adil dan berhak.

Sama-samalah kita, lelaki dan perempuan bertakwa memuhasabah diri.

AINNUR UKHTA UWAIS
27 November 2023 – HARAKAHDAILY 27/11/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/z18NfbGSD9DrDZYv/?mibextid=qi2Omg

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Advertisement

Scroll to Top