“Berhati-hati buat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi, kredibiliti” – Nurul Izzah

“Berhati-hati buat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi, kredibiliti” – Nurul Izzah

Naib presiden PKR, Nurul Izzah memberitahu tak perlu siasat pempengaruh yang dikenali sebagai Aliff Ahmad yang sebelum ini menawar untuk membuat carian latar belakang terperinci ke atasnya.

Nurul Izzah turut mendedahkan pihaknya tidak pernah membuat apa-apa laporan berkaitan isu tersebut seperti mana yang didakwa oleh segelintir individu.

Nurul Izzah

“Beliau tidak sepatutnya disiasat hanya kerana membuat cabaran atau kenyataan seperti yang dinyatakan mengenai saya.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya mahupun mana-mana pegawai saya tidak pernah membuat sebarang laporan kepada MCMC terhadap saudara Aliff Ahmad, seperti yang didakwa.
“Justeru, adalah penting untuk semua pihak berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi dan menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh,” ujarnya dalam sebuah hantaran di Facebook, hari ini.

Malah, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata beliau tidak mengenali pempengaruh tersebut selain menyokong Aliff mencari rezeki sekiranya mengikut undang-undang.

Artikel lain: 26 tahun perjuangan PKR, Nurul Izzah tegaskan agenda reformasi Anwar belum terkubur

Nurul Izzah

Nurul Izzah

“Saya juga tidak pasti cara dia mencari rezeki, tetapi sudah tentunya kita harus menyokong segala usaha yang mengikuti garis panduan undang-undang.
“Justeru, adalah penting untuk semua pihak berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi dan menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pempengaruh, Aliff Ahmad mendakwa MCMC memanggilnya selepas menawarkan untuk membuat carian latar belakang terperinci (scrut) ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Aliff yang juga merupakan pengasas bersama Scrut Analytica akan melakukan ‘scrut’ mengenai kerja dan sumber pendapatan Nurul Izzah sekiranya mendapat 20,000 perkongsian di Facebook.

Sumber: Facebook @Nurul Izzah Anwar

Scroll to Top