Bergambar dengan peminat, Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry – “Sweetnya datin”

Bergambar dengan peminat, Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry – “Sweetnya datin”

Sanggup melakukan apa sahaja, aktres Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry KRU ketika suaminya itu sedang mengambil foto bersama peminatnya menarik perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, meletop telah memuat naik satu video memaparkan keindahan hubungan pasangan selebriti tersebut.

Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry

Instagram will load in the frontend.

Pada video tersebut, kelihatanDatuk Yusry Abdul Halim dan adik beradiknya, Datuk Norman Abdul Halim dan Edry Abdul Halim sedang mengambil foto bersama peminat.

Lisa pula kelihatan berdiri berhampiran dengan penonton yang lain memerhati suaminya itu dan sebaik melihat ada peluang, aktres itu berlari telah mengelap peluh suaminya.

Bergambar dengan peminat, Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry – “Sweetnya datin”

Sebaik selesai mengelap peluh Yusry, Lisa kemudian berlari lagi ke bahagian tepi agar dia tidak menghalang sesi mengambil foto tersebut.

Tindakannya itu mengundang tawa dari orang ramai termasuk adik beradik suaminya sendiri yang kelihatan sudah terbiasa dengan tindakan Lisa itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang menyifatkan pengarah berusia 51 tahun itu sebagai beruntung kerana mempunyai isteri yang sangat mengambil berat seperti Lisa.

Artikel lain: Kongsi foto sekeluarga, peminat puji Lisa Surihani tak dimamah usia

Rasa Yusry ni beruntung

Bertuahnya, Lisa Surihani berlari lap peluh Yusry

Pasangan ni mesti saling memahami

Ingatkan peminat atau MUA tadi

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang memuji tindakan Lisa disamping menggelar aktres itu sebagai seorang yang comel disamping turut bergurau mahu pindah ke planet lain kerana pasangan itu terlalu manis.

Comelnyaa…..

Comel je datin ni

Bulan ada kosong ke? Rasa tak layak duduk bumi

Sekadar info, kumpulan KRU yang dianggotai Yusry, Norman dan Edry bakal melakukan kemunculan semula dengan album baharu disamping bakal melakukan konsert jelajah.

Sumber: Instagram meletop

Scroll to Top