Isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz meluahkan rasa sayu meminta belas kasihan daripada suami agar tidak meneruskan niatnya untuk berpoligami.
Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Nilam mengaku perpisahan atau perceraian bukanlah jalan terbaik buat untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
‘Harap Belas Kasihan Azlan Komeng
Sebaliknya, Nilam berkata dia reda dengan segala ketentuan Illahi dan mahu mempertahankan perkahwinan mereka demi rasa cinta dan sayang yang mendalam terhadap Azlan, yang disifatkan seorang suami sangat baik.
“Saya masih mengharap belas kasihan dia supaya dia tak kahwin. Saya tak boleh halang dia sebab saya sayang dia. Sebenarnya saya tak boleh tidur, tak boleh makan. Saya kerap tanya dia betul ke nak kahwin.
“Berpisah bukan jalan yang terbaik untuk saya. dia suami yang baik. Tak ada perempuan yang sanggup dimadu. Tetapi dalam keadaan saya sekarang ni, saya kena reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.
‘Tak Nak Hilang Suami’
Nilam bagaimanapun menyimpan harapan agar skandal atau bakal madunya itu membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Azlan.
“Mungkin orang tertanya kenapa saya masih bertahan, tapi mereka kenal Azlan Komeng sebagai orang luar. Saya kenal dia sebagai suami saya, dia sangat baik dan saya tak nak hilang suami saya.
“Di bulan Ramadan ini, hari-hari saya berdoa supaya perempuan itu lembut hati jangan ambil suami saya. Tolonglah,” katanya menangis teresak-esak.
Sebelum ini, Azlan menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak menghargai isteri, Nur Nilam Ortiz, selepas mengambil keputusan untuk berpoligami.
Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Azlan, atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, menegaskan dia tetap menghormati dan menghargai setiap pengorbanan isterinya, terutama ketika dia melalui saat sukar akibat kemalangan.
Artikel Berkaitan: “Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam