Beranilah Goda Saya, Uqasha Gigit Nanti

Beranilah Goda Saya, Uqasha Gigit Nanti

Pelakon Kamal Adli menafikan dakwaan bahawa dirinya digoda seorang wanita kerana disangka sudah bercerai susulan kontroversi rumah tangganya menjadi bualan ramai.

Memetik Utusan Online, Kamal berkata dia percaya bahawa spekulasi itu timbul disebabkan dia dan isteri, Uqasha Senrose jarang dilihat bersama.

BACA: “Mahkamah Syariah Pun, Saya Tak Tahu Kat Mana” – Kamal Adli

“Tidak adalah, mana ada saya kena goda. Beranilah goda saya, Uqasha gigit nanti. Saya percaya spekulasi itu timbul kerana kami kurang muncul bersama dalam media sosial,” katanya.

Difahamkan, Kamal mengulas perkara itu susulan tular video di TikTok memaparkan Uqasha mendedahkan ada individu cuba menggoda suaminya.

Sementara itu, Kamal berkata dia kurang meluangkan masa bersama isteri dan anaknya, Hawra Uqaira kerana waktu kerjanya yang padat, namun kini dia mahu memberi fokus pada keluarga.

“Memang saya sibuk menjalani penggambaran drama selama enam bulan. Saya tidak dapat tumpu kepada isteri dan anak. Saya kerap ke luar daerah atas urusan kerja. Sekarang saya mahu bayar balik hutang masa saya dengan memberi lebih fokus kepada keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata dia sudah jarang berkongsi momen mesra bersama keluarga kerana trauma dengan insiden yang berlaku kepadanya di Singapura dua tahun lalu.

“Saya pernah cuba memuat naik beberapa perkongsian, tetapi saya padam semula kerana sudah hilang kepercayaan terhadap media sosial,” katanya.

Terdahulu, Kamal berkata dia tidak tahu dimana mahkamah syariah apabila ditanya mengenai dakwaan ada pihak melihat kehadirannya dan isteri ke satu mahkamah syariah.

SUMBER: Utusan Online


Scroll to Top