Berang diganggu ketika asyik bermain ‘game online’ suami bakar isteri

Berang diganggu ketika asyik bermain ‘game online’ suami bakar isteri
Berang diganggu ketika asyik bermain ‘game online’ suami bakar isteri

Seorang lelaki tergamak membakar isterinya selepas mangsa memintanya berhenti bermain ‘game online’. Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki tergamak membakar isterinya selepas mangsa memintanya berhenti bermain permainan secara dalam talian, selain menyuruhnya kembali bekerja sebagai pemandu Gojek.

Kejadian tragis itu berlaku di Sorong pada pertengahan Januari lalu sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Sorong, Ipda Nelfince Rumbino berkata, pelaku dikenali YM,31, dipercayai berasa marah selepas diganggu oleh mangsa,HS,29, lantas mengambil minyak tanah dan mencurahkan ke atas tubuh isterinya.

“Kemudian pelaku mengambil mancis kemudian membakar isterinya.

“Mangsa melecur kira-kira 40 peratus dan belum boleh disoal siasat lagi,” katanya kepada wartawan pada Jumaat lalu.

Tambahnya, pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut, selain empat barang bukti telah diambil termasuk telah menahan pelaku dan menyoal siasat tiga saksi.

Sementara itu keluarga mangsa mengatakan mereka menyerahkan sepenuhnya pengendalian kes ini kepada pihak polis.

Mereka juga berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya. -Agensi

Scroll to Top