Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bakal menjalani pembedahan membuang prostat hari ini, kata pejabatnya selepas beliau disahkan menghidap jangkitan saluran kencing.
Prosedur itu dijalankan di tengah-tengah Israel berperang melawan Hamas di Semenanjung Gaza yang sudah berlangsung lebih 14 bulan.
Kenyataan pejabat perdana menteri itu turut memberitahu, Netanyahu menjalani ujian di Hospital Hadassah pada Rabu yang didiagnos menghadapi jangkitan saluran kencing akibat pembesaran prostat.
Pada Mac, beliau menjalani pembedahan hernia, manakala pada Julai tahun lalu doktor memasang perentak jantung pada Netanyahu.
© New Straits Times Press (M) Bhd