Siapa sangka, di sebalik tugas wartawan jenayah yang penuh cabaran, rupanya ada kisah unik dan penuh pengajaran.
Bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir baru-baru ini berkongsi pengalamannya ketika aktif dalam dunia kewartawanan, di mana dia sentiasa bersedia dengan baju Melayu lengkap siap dengan songkok dan tie.
Pengalaman sebagai wartawan jenayah, sentiasa bersedia

Menariknya, semua kelengkapan itu disimpan dalam box motor atau bawah seat sebab katanya, masa jadi wartawan jenayah dulu memang tak sempat nak balik rumah, lebih-lebih lagi kalau ada pemimpin negara yang meninggal dunia.
Ketika itu, liputan mesti dibuat segera dan mengikut dress code yang ditetapkan. Wartawan tidak sempat pulang ke rumah dan hanya menukar pakaian di tandas, apa yang penting berwarna hitam.
Tutup aurat dah bagus, tapi ikut dress code lagi power!
Syahril turut menekankan bahawa pemakaian yang menutup aurat memang satu perkara yang bagus, tetapi kalau digabungkan dengan pematuhan kepada dress code majlis rasmi, ia lebih menunjukkan profesionalisme dan rasa hormat.
Tutup aurat tu pun dah bagus sangat dah, tapi kalau tutup aurat DAN ditambah lagi dengan follow dress code lagilah bagus.
Beliau turut mengingatkan bahawa perkara sebegini sebenarnya tak perlu diajar secara formal, cukup guna common sense.
Terdahulu, penampilan dua penyampai radio popular yang hadir ke majlis penghormatan terakhir Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengundang kecaman hebat dari netizen.
BACA: Pemakaian Dua Penyampai Radio Ketika Di Majlis Pengebumian Tun Abdullah Dikecam!
Dalam video tular, salah seorang penyampai dilihat hanya mengenakan baju T, seluar jeans biru dan topi, manakala rakannya pula tampil dengan baju kurta dan beg silang dan berseluar jeans hitam.