Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menghargai usaha dilakukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq merancang kejutan sempena ulang tahun kelahirannya ke-31, semalam.
Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah juga menzahirkan ucapan penghargaan buat individu yang selama ini menjadi tulang belakangnya.
“Syukur, Alhamdulillah.. Saya sangat bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang begitu hebat.
“Saya rasa sangat bertuah mempunyai kalian dalam hidup dan saya benar-benar menghargai ucapan selamat ulang tahun serta sambutannya.
“Ini adalah hadiah cukup bermakna. Saya berterima kasih kepada setiap seorang daripada kalian,” tulisnya di Instragram.
Bella turut berkongsi beberapa foto bersama keluarga termasuk Syed Saddiq yang datang dengan mengenakan baju Melayu lengkap rona biru muda.
“Akhir sekali, ‘grumpy munchkin’ (gelaran diberikan Syed Saddiq) ini sangat menghargai anda meluangkan masa untuk merancang kejutan ini, Syed Saddiq. Terima kasih,” tulis Bella.
Pada majlis itu, Syed Saddiq kelihatan hadir bersama ibu bapanya meraikan ulang tahun Bella.
© New Straits Times Press (M) Bhd